Sunday, March 11, 2012

Reunion dan jeng jeng jeng :')


pada tarikh 10/3/2012 yang lalu ,
satu perjumpaan telah pun berlaku ?
*apahal noob sangat ayat ?* haha !
bukan bukan ! mcm nie cerita dia !


 sekarang baru lah saya tahu apa tujuan
sebenar mak buat FB dan nak sangat ber-FB tu !
rupanya nak cari kawan-kawan lama dia ,
yang dah tiga puluh tahun tak jumpa ?
what ? haha ! lama kan ?


persahabatan diaorang masih kekal masih rapat
macam dulu-dulu *katanya lah* ,
reunion nie untuk kelas mak saya time
sekolah rendah dulu ! masa kecik dulu tu !
tak tahu lah macam mana diaorang masih
ingat lagi muka masing-masing ? Anugerah Tuhan :)


reunion ini bertempat di rumah saya lah !
tu yang kelam kabut sikit tu ,
macam-macam nak kena prepare , fuwww !
nasib baik semua berjalan dengan lancar !
Alhamdulillah :)
itu pun dengan bantuan beberapa orang rakan mak .


majlis ini bermula sekitar jam 1230 !
dan kebetulan pulak masa tu ada tempahan kompang ,
bertambah kelam kabut lah aku --'
main pun nak tak nak je sebenarnya ,
habis main belah je lah terus .


sebelum pergi kompang ,
ramai kawan mak yang dah sampai ,
ada tahlil sikit sebelum gerak pergi kompang ,
ada lah sikit orang-orang surau yang datang ,
Alhamdulillah :)


okay sambung balik pasal lepas main kompang tadi ,
dalam perjalanan nak pergi ke kereta ,
out of the blue , ayah bagi tahu sesuatu !
ayah : angah ! nie yuna dah sampai dekat rumah !
saya : *terdiam sambil sengih sorang-sorang*
haha ! sepanjang perjalanan aku senyum je ,
dah macam kerang busuk pun ada dah --'


sampai-sampai tak perasan lagi dia ada dekat mana ?
so , first thing to do is ? yes ! tukar baju !
saya terus masuk bilik dan tukar baju ,
then keluar pergi depan ingat nak tegur dia ,
tapi tak tahu macam mana ? haha ! nervous gila !


selepas beberapa minit ke hulu ke hilir di belakang
memikirkan apa yang perlu dibuat ?
tiba-tiba dia pusing belakang , hah ! legaaa ~
baru lah boleh tegur :)
lepas tegur saya ajak dia dan ADIK dia yang comel
tu masuk lah dalam rumah .


kami borak sekejap , sembang pasal pelajaran semua
tu , teka nama adik lah , haha !
memang lawak lah masa tu !
masing-masing nervous dan malu-malu kucing ,
*mengucing lah pulak --' *


almaklumlah , saya pernah cakap dengan dia
berapa kali lah sangat dan saya
pun tak berapa nak layan sangat bebudak perempuan nie ,
kalau yang dah kenal dah rapat tu lain cerita lah .
kami borak sambil ditemani adiknya ,
*nama kami sama , ada HAFIZ dekat depan kan ?*


dan pukul 3.00 petang mcm tu dia nak balik ,
sambil tunggu adik lelaki dia datang ,
dia pun teman lah adik dia main buaian ,
haha ! comel gila dua-dua !
dan tak lama lepas tu adik dia sampai .


saya pun hantar lah `artis' saya tu dekat motor ,
wah ! dia datang naik motor rupanya ,
tak apa tak apa , asalkan tak merempit sudah :)
dan dia pun balik bersama adiknya ,
 

cuma satu je nak cakap !
KAMU COMEL GILA MASA TU !
dengan jubah hitam , wah !
muslimah sejati lah , bagus bagus !
saya bangga dengan awak .








terima kasih sebab datang tau Fathiah Khairuna :')
kamu dengan adik kamu comel sangat-sangat !
SPM straight A+ !
jaga diri baik-baik tau tau tau <3