Wednesday, November 30, 2011

pencetus musim batuk ? =='



haha ! tajuk itu mesti buat kamu
tak tidur malam kalau TERkena kan ?
terpinga-pinga memikirkan apa sebenarnya
pencetus musim batuk ? haa !



post kali ini adalah post mengenai RAMBUTAN !
haha ! nampak tak warna rambutan tu ?
meraaahhhhh ! mesti lah manis kan ?
okay , sebenarnya saya nak kongsi cerita mengenai
pengalaman saya bersama family dan saudara-mara
yang lain bertungkus-lumus memetik rambutan
di kampung saya iaitu
Kampung Sungai Kayu Ara  *berdekatan dengan OU je :)




hehe ~  sebenarnya kitaorang dibantu oleh pakcik indon
yang duduk berdekatan dengan pokok itu
dia lah yang panjat dan cantas dahan pokok
satu persatu jatuh ke tanah tumpah darahku
* ayat lebih-lebih pulak :)




sambil memetik rambutan yang telah dicantas
oleh pakcik indon yang kuat !
satu masuk plastik satu masuk mulut
dua masuk plastik dua masuk mulut dan seterusnyalah
nasib baiklah saudara-mara yang lain datang
tak adalah keboringan sangat kan ?  hee ~




banyak jugaklah yang kitaorang dapat
adalah dekat 4 ke 5 beg plastik sampah ? hee ~
setiap keluarga yang datang dan bertungkus-lumus
mendapat habuan iaitu sebeg plastik rambutan
haha ! rambutan yang ditanam oleh atuk saya * barangkali
adalah rambutan yang terbaik yang pernah saya makan .









okay ! saya rasa cukup sampai sini dulu saya bercerita
berceloteh , merepek-repek , dan lain-lain
sekian , assalamualaikum ^^



 

adik yang saya sayang .



okay ! nampak tulisan dekat atas sebelah kiri tu ?
' ADIK YANG SAYA SAYANG '
now , post kali ini saya buat khas
untuk adik saya yang comel lagi handsome
* sebijik macam abang dia lah :)



nama yang diberi ialah
Muhammad Iqram Iman Bin Abdullah
haha ! sedapkan nama tu ?
yang pasti nama 'Iqram' tu daripada cadangan saya lah ,



nak dijadikan cerita ?
budak ini lain sikit
dia lebih comel , handsome , pandai dan
macam-macam lagi .
satu yang paling menyeronokkan ialah
adik saya petah bercakap malah banyak menghafal
lagu-lagu artis , lagu tema kartun , abc , 123
dan macam-macam lagi .



sungguh tak disangka budak yang berumur 3 tahun
pada tarikh 19/11 tarikh lahirnya
sudah pandai menghafal
satu lagi ialah kenakalan yang terlampau
Terlampau ?
haha , budak ini memang tak boleh duduk diam
semua dia nak usik lah
kalau dah tidur tu
alangkah indahnya dunia , haha !



dia ini sebenarnya ada kebolehan
haha ! nak tahu tak ?
dia paling pandai ambil hati orang
specially mak lah kan
perghhh ! kalau dah buat salah tu
muka terus suci lepastu pergi dekat mak senyum-senyum
haishh ! sabar je lah



satu yang korang kena tahu
dia paling takut sekali dengan saya selain ayahlah kan :)
dekat mak , abang , adik boleh lah dia buat hal 
tapi dengan saya ?
* hihi , maaf dik awak dah tersilap langkah dah ini :P



apa-apa pun adik kena ingat lah
walau apa pun yang terjadi
angah tetap sayang adik
dan ingat !
angah sentiasa ada dekat belakang adik <3



sekian saja untuk kali ini
assalamualaikum ^^







sayaaaannngggggg adik  :)

Tuesday, November 29, 2011

rugby .


hye and Assalamualaikum to all of you ,
okay ! hari ini saya terasa amat boring
so ! eloklah kalau saya tulistulis penuh kan blog
saya yang tercinta ini , hee ~



okay , first !
nampak tak tajuk post kali ini ?
haha , pasal RUGBY kan ?
sebenarnya , saya mula mengetahui malah
berminat untuk bermain sukan ini
setelah saya memasuki sekolah baru kesayangan saya
iaitu Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
atau lebih dikenali dengan nama glamournya
iaitu SEMASHUR + SEINDAH NAMA .



seindah nama ?
haha ! kalau nak tahu indah ke tak sekolah saya ,
jemput lah datang !
kedatangan anda amat dialu-alukan :)
ops ! sorry dah termerepek jauh sangat !
okay , back to the topic
pasal Rugby ini lah .



okay , rugby ini adalah satu permainan yang
mengguji kemahiran otak disamping menguji
kepantasan dan pergerakan yang unik malah licik
tugas pemain ialah membawa bola lalu
meletakkannya di tempat lawan .
namun , bukan senang untuk melepaskan diri ke
kawasan pihak lawan ,
pelbagai teknik dapat digunakan oleh para pemain
contohnya ialah sidestep ,







haha ! nampak tak ?
ini adalah salah satu gaya atau cara yang
pemain guna untuk melepasi opponent ,
cara ini digunakan semasa attack-ing sahaja .



okay , semasa defend-ing pula
pemain menggunakan prinsip kejar-tangkap-and of course
rampas lah bola tu kan dari opponent
pergerakan ini dikenali sebagai tackle-ing ,
pelbagai cara yang digunakan untuk
memastikan pihak lawan jatuh .


contohnya bagi menjatuhkan pihak lawan yang besar
player mesti menggunakan sidetackle
ataupun tackle dari tepi kerana
* kalau tackle dari depan kau nak mati ke bang ?
badan besar tu kalau hentak kau , tak pengsan , senak
kalau kena perut atau lebih teruk ialah Patah !
inilah salah satu cara bagi mengelakkan
daripada berlaku perkara-perkara seperti diatas ,


sekolah saya amat terkenal dan boleh dikatakan
antara yang ter'POWER' lah antara
sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain
nama yang diberi ialah ZEALORD
iaitu nama seorang pahlawan dari ?
* haha , sorry ! saya dah tak ingat , hee ~



Zealord dibarisi pemain-pemain yang handal
yang bukan sahaja pernah mewakili sekolah ,
daerah , negeri malah mewakili negara juga
untuk berlawan dengan pasukan negara lain .
boleh dikatakan setiap form di sekolah
saya mempunyai barisan pemain yang handal-
handal belaka * wah ! kalau korang baca post
ini , kembang seribu agaknya :P  haha !








okay , sekarang memperkenalkan pasukan
U18 sekolah kami * gambar ini diambil semasa SBP 10's
muka semua nampak jambu kan ?
okay , try lah lawan ? haha
kita tengok siapa lagi kuat :)
dari kiri bawah  :
nami , marle' , momel , cikgu bahar , cikgu soleh ,
azu , nyet dan k-riq
dari kiri atas :
amer , aizat , madi , bear , farid , al ,
ball , aqil , hazwan , kai ( saya ) dan zukhair .
sorry , pakai nickname je :)







okay , saya rasa cukup penerangan serba sedikit
tentang sukan rugby ini ,
dan juga pasukan kami
apa-apa pun
ZEALORD SEMASHUR RUGBY TEAM
IS ALWAYS NUMBER ONE !
sekian ^^
assalamualaikum <3


Monday, November 28, 2011

memperkenalkan :)

maaf lah sebab dah lama tak update
maybe sebab saya sibuk dan
lebih-lebih lagi sebab saya
sudah masuk boarding school
so sudah tentu lah saya semakin busy
haha !


memperkenalkan saya , kawan dan sekolah saya <3





haha !
saya sayang sekolah saya
SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR <3

Sunday, November 27, 2011

Heyy .

Assalamualaikum , my blog was currently updated . Thank you :)